Latar belakang Phat Family

Album ini ialah album kompilasi hip hop yang menggabungkan artis-artis di bawah label Positive Tone. Terdapat 13 lagu dalam kompilasi ini dengan tiga daripadanya ialah interlud yang dipersembahkan oleh DJ Goldfish, DJ Uno dan DJ T-Bone. "Phat Family Anthem" telah dikeluarkan sebagai single pertama untuk Phat Family dengan muzik videonya diterbitkan bagi mempromosikan lagu ini. Phlowtron, M.O.B dan Teh Tarik Crew menyumbangkan dua lagu masing-masing, manakala Too Phat, Muchachaz, Ruffedge dan All Starz Division masing-masing menyumbangkan 1 lagu. Phat Family menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik 2003, iaitu Rakaman Album Terbaik untuk Phat Family dan Muzik Video Terbaik untuk "Phat Family Anthem", namun gagal dicalonkan untuk Album Inggeris Tempatan Terbaik.

Berkaitan